Sunday, July 26, 2009

Sehari di Batu Niah, Miri

Pada pukul 10.00 pagi, aku mengajak Amir pergi ke Batu Niah. Pada masa itu, dia masih mamai lagi kerana baru bangun tidur. Anak siapa la ni, masa ni baru bangun tidur. Kami bersiap untuk bertolak ke sana. Perjalanan dari IPGM kampus Sarawak, Miri ke pekan Batu Niah mengambil masa 1 jam. Itu pun kalau aku drive 120 km sejam..

Dalam perjalanan ke sana, aku dan Amir singgah di pekan Bekenu untuk sarapan pagi. Perut kami dah berkeroncong pun pada masa itu. Kami makan nasi lemak di sebuah kedai makan Yong.. Selesai makan, aku mengambil kesempatan untuk mengisi minyak kereta di stesen minyak Shell. Kami meneruskan perjanan ke destinasi iaitu pekan Batu Niah. Jalan raya sepanjang jalan beralun dan kenderaan pada masa itu masih kurang. Kami sampai di pekan Batu Niah. Aku membawa Amir ke sekolah aku terlebih dahulu iaitu SJK Chee Mung untuk mengambil kad menghadiri kursus.

Selepas itu, aku membawa Amir ke rumah sewa aku iaitu 5 minit berjalan kaki dari sekolah. Rumah sewa aku ialah rumah kedai 3 tingkat. Aku menginap di tingkap atas sekali. Tingkat bawah sekali ialah kedai handphone. Di kedai itulah biasanya aku beli topat celcom hp aku. Setelah beberapa minit di rumah aku, aku mengajak Amir minum di sebuah kedai makan berhadapan rumah aku. Ada beberapa orang kawan dan housemate aku di kedai tersebut. Kami bersembang pasal isu semasa dan gossip2 ckit. he3..

Selepas itu, aku membawa Amir ke Taman Negara Batu Niah. Di situ, kami sempat bergambar dan pergi ke jeti yang menghubungkan jalan ke gua Niah. Selepas beberapa minit di situ, aku dan Amir pun bertolak balik ke maktab. Di pertengahan jalan, kami singgah di masjid yang masih dalam pembinaan. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat fardu Zohor di situ. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Maktab. Kami tiba di Maktab pada pukul 2.30 ptg. Kami sempat lagi makan free di kafe. he3

Isi minyak kereta di Shell, Bekenu

Amir posing di Taman Negara Gua Niah

0 comments:

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP