Friday, August 7, 2009

KOHORT 2 IN MEMORY

Sebulan lamanya aku dan peserta kursus pembestarian sekolah, KOHORT 2 berada di IPGM Kampus Sarawak, Miri. Kami telah belajar secara access kendiri menggunakan cd yang telah dibekalkan kepada setiap peserta. Setiap aktiviti yang dijalankan perlukan pembentangan hasil kerja setiap kumpulan. Kursus dijalankan dari 6 hingga 31 Julai 2009. Selain mempelajari konsep dan elemen-elemen bestari, banyak aktiviti sampingan yang telah kami lakukan seperti bakar ayam, permainan bola tampar, badminton dan boling. Hubungan antara peserta semakin erat.. diharapkan persahabatan yang terjalin dapat diteruskan...

Peserta Lelaki dan Pensyarah Ipgm Kampus Sarawak, Miri

Peserta Perempuan dan Pensyarah Ipgm Kampus Sarawak, Miri


Read more...

Tuesday, July 28, 2009

Bowling Friendly

Aku dan beberapa peserta Kohort 2 telah pergi ke Parkson, Miri untuk bermain boling. Kami telah bermain sebanyak 3 set. Set pertama aku menang dengan pungutan mata sebanyak 120 mata jatuhan pin. Set ke-2 juga aku menang dengan pungutan mata sebanyak 117 jatuhan pin. Set ke-3, Ckgu Ahmad telah memenangi dengan 108 meninggalkan aku di tempat kedua iaitu 100 mata. Kami berasa begitu seronok dan merancang untuk datang bermain lagi pada hari Khamis nanti. Seorang kawan aku telah terkoyak seluar pendeknya. Mungkin Seluarnya nipis dan tidak sesuai digunakan untuk bermain boling.






Read more...

Sunday, July 26, 2009

Sehari di Batu Niah, Miri

Pada pukul 10.00 pagi, aku mengajak Amir pergi ke Batu Niah. Pada masa itu, dia masih mamai lagi kerana baru bangun tidur. Anak siapa la ni, masa ni baru bangun tidur. Kami bersiap untuk bertolak ke sana. Perjalanan dari IPGM kampus Sarawak, Miri ke pekan Batu Niah mengambil masa 1 jam. Itu pun kalau aku drive 120 km sejam..

Dalam perjalanan ke sana, aku dan Amir singgah di pekan Bekenu untuk sarapan pagi. Perut kami dah berkeroncong pun pada masa itu. Kami makan nasi lemak di sebuah kedai makan Yong.. Selesai makan, aku mengambil kesempatan untuk mengisi minyak kereta di stesen minyak Shell. Kami meneruskan perjanan ke destinasi iaitu pekan Batu Niah. Jalan raya sepanjang jalan beralun dan kenderaan pada masa itu masih kurang. Kami sampai di pekan Batu Niah. Aku membawa Amir ke sekolah aku terlebih dahulu iaitu SJK Chee Mung untuk mengambil kad menghadiri kursus.

Selepas itu, aku membawa Amir ke rumah sewa aku iaitu 5 minit berjalan kaki dari sekolah. Rumah sewa aku ialah rumah kedai 3 tingkat. Aku menginap di tingkap atas sekali. Tingkat bawah sekali ialah kedai handphone. Di kedai itulah biasanya aku beli topat celcom hp aku. Setelah beberapa minit di rumah aku, aku mengajak Amir minum di sebuah kedai makan berhadapan rumah aku. Ada beberapa orang kawan dan housemate aku di kedai tersebut. Kami bersembang pasal isu semasa dan gossip2 ckit. he3..

Selepas itu, aku membawa Amir ke Taman Negara Batu Niah. Di situ, kami sempat bergambar dan pergi ke jeti yang menghubungkan jalan ke gua Niah. Selepas beberapa minit di situ, aku dan Amir pun bertolak balik ke maktab. Di pertengahan jalan, kami singgah di masjid yang masih dalam pembinaan. Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat fardu Zohor di situ. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Maktab. Kami tiba di Maktab pada pukul 2.30 ptg. Kami sempat lagi makan free di kafe. he3

Isi minyak kereta di Shell, Bekenu

Amir posing di Taman Negara Gua Niah

Read more...

Saturday, July 25, 2009

Dinner at Eastwood Valley

Malam ini aku dan para guru Zon Niah dinner di Eastwood Valley yang terletak tidak jauh dari bandaraya miri. Makanan yang dihidangkan cukup menyelerakan hingga menjilat jari kaki. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Amin pada pukul 7.30 mlm. Antara makanan yang dihidangkan adalah seperti ikan masak pedas, lamb chop, seafood soup, nasi goreng cina, sayur cendawan dan buahan tempatan seperti nenas dan tembikai.










Ikan masak pedas dan Lamb Chop

Read more...

8 Petanda Dia Jodoh Kamu

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Read more...

Wednesday, July 22, 2009

Rahsia Tahi Lalat

bibir atas kanan - banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri - ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan - disegani orang, ramai yg suka
bibir bawah kiri - pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan - cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri - cerdas dlm segala hal dan banyak
pengetahuan
leher di tengah - tercapai cita-cita
biji mata kanan - suka serong dan pembohong
biji mata kiri - pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan - baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri - baik budi, murah rezeki
betis kanan - suka berhibur, boros
betis ! kiri - rajin, tidak suka menganggur
lutut kanan - bersikap tidak peduli dan tak mahu
berusaha
lutut kiri - kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan - terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri - sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang - jujur, sabar dan tekun
kening kanan - cerdas dan cekap
kening kiri - cerdas, sopan santun
tengah kening - keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan - kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri - suka berpoya-poya
ketiak kanan - dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri - jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan - suka berpergian (keluar
rumah)
pergelangan kaki kiri - kehendak kuat
batang hidung - banyak dicintai orang dan dapat
menjadi kaya
pada hidung - banyak rezeki
dagu bawah kanan - jujur dan baik hati
dagu bawah kiri - bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri - baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) - bakal beristeri 2
tumit kanan - jujur dan banyak kawan
tumit kiri - baik budi
alis kanan suka - menolong, baik hati
alis kiri - ramai yang suka
pangkal peha kanan - kemahuan kuat
pangkal peha kiri - suka kerja apa pun
telapak kaki kanan - tak mudah mengeluh
jari kaki kanan - suka menolong
jari kaki kiri - berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan - cermat dlm membuat keputusan, banyak
tanggungan
bahu kiri - suka kerja keras, banyak tanggungjawab
lengan kanan - setia dan taat pada atasan
lengan kiri - menepati janji dan rajin
pipi kanan - ramai teman
tengah-tengah pipi kanan - ramai yg suka
tengah-tengah pipi kiri - ramai teman
ubun-ubun - kurang jujur
pusat - cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan - sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri - beroleh kemliaan
pinggang kanan - sayang pada pas! angan hidup
pinggang kiri - disayang pasangan hidup
dada kanan - dapat mengatasi masalah
dada kiri - berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan - tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri - baik budi pekertinya
siku tangan kanan - kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri - baik hati, suka menolong
jari tangan kanan - serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri - serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan - banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri - banyak rezeki dan cermat
perut bawah kanan - banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri - baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam - disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam - tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar - baik budi, ramai yg cinta
pelipis kiri - murah rezeki, dpt jadi kaya
pelipis kanan - serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas - baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas ! - baik budi, ramai yg suka
kelopak mata kanan bawah - agak malas
kelopak mata kiri bawah - agak bodoh, kurang bijaksana

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Sembang Pasal Sukan

Adakah anda minat sukan? Bersukan banyak memberi faedah kepada kita. Bersukan boleh menyihatkan badan kita dan otak kita akan lebih cerdas. Banyak sukan yang boleh kita sertai seperti permainan rakyat dan permainan moden. permainan rakyat yang boleh dimainkan seperti Ting Ting, congkak, belalang dan belatuk dan galah panjang. Permainan moden biasanya dipertandingkan seperti bola sepak, olahraga, dan sukan permotoran. Pilihlah sukan yang sesuai dengan anda Jangan tersalah pilih sukan kerana akan menyebabkan badan anda terlalu letih dan mengganggu pekerjaan anda seharian. Renung-renungkan, selamat bersukan. Anda boleh layari laman web ini untuk mengetahui perkembangan tantang dunia sukan.

EPL
FOOTBALL RESULT

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP